top of page
Search

PETA MINDA (Mind Map)? Dah lah susah… tak berkesan pulak tu.



Ramai yang merasa kecewa kerana usaha membuat peta minda seolah-olah kerja yang sia-sia kerana tidak memberi kesan positif yang besar dalam pencapaian akademik. Pelajar biasanya didedahkan dengan cara membina peta minda sahaja tanpa bimbingan menggunakannya dalam ulangkaji. Mungkin juga ramai pelajar tidak mengetahui kelebihan mengulangkaji menggunakan peta minda terutamanya bagaimana otak berfungsi memproses maklumat dan pemahaman kita ketika sedang belajar. Memahami proses ini dan bagaimana maklumat di simpan di otak juga adalah sangat penting supaya pelajar dapat belajar dengan dengan lebih berkesan.


Disebabkan itulah juga mengapa peta minda amat bermanfaat dalam konsep ‘personalised learning’.


1 Sudah pastinya langkah pertama ‘memproses’ nota biasa yang konvensional memberi ruang kepada pelajar membina peta minda mengikut acuan yang mana mengikut latar belakang pelajar itu sendiri. Biasanya peta minda yang dibina itu berkemungkinan tidak sesuai untuk pelajar lain.


2 Perkataan (meaningful words) yang dipilih oleh setiap pelajar untuk dimasukkan dalam cabang di peta minda adalah berlainan kerana memberi maksud yang berbeza mengikut keupayaan, pengalaman dan kebolehan pelajar. Ada pelajar memerlukan perkataan yang lebih banyak berbanding pelajar lain untuk mendapatkan gambaran keseluruhan maklumat yang lengkap. Perkataan yang dipilih seharusnya membolehkan pelajar untuk ‘recall’ idea keseluruhan ilmu itu.


3 Otak berfikir dalam bentuk visual dengan lebih cepat. Contohnya apabila sesorang menyebut perkataan mangga. Apa yang di bayangkan oleh kita tentunya visual buah mangga itu sendiri bukannya perkataan mangga. Kadangkala perkataan atau bahasa menghalang pemahaman sesetengah pelajar. Tetapi kalau pendidik menerangkan secara visual pelajar dapat memahaminya dengan lebih baik (tanpa menafikan kepentingan bahasa juga ada salah satu ‘kepandaian’). Peta minda menukar gaya nota yang linear kepada bentuk gambar. Pelajar digalakkan melukis gambar, diagram, dan sebagainya bagi menggantikan perkataan.


4 Ruangan ingatan di ‘short-term memory’ otak sangat terhad untuk menyimpan terlalu banyak perkataan dalam satu-satu masa. Ia juga dikenali sebagai ‘sensory memory’ yang boleh di ‘optimise’ dengan merangsang lebih banyak deria. Penggunaan warna, gambar dan bentuk peta minda itu sendiri yang bercabang-cabang serta tidak lurus banyak membantu otak dalam meningkatkan keupayaan memproses maklumat. Kurangnya tekanan kepada otak memberi kesan yang sangat baik dalam pemprosesan ilmu.


Alhamdulillah. Cukup sampai disini dulu entry saya buat kali ini. Untuk entry seterusnya saya akan berkongsi bagaimana peta minda ini digunakan sebagai rujukan dalam ulangkaji, ‘assessment’, ‘collaborative learning’ dan juga pelajar dapat menguji keberkesanannya dalam pemahaman subjek. InshaAllah.

Terima kasih.

 
 
 

Comments


Contact Me

Tel: 011-15015047 / Email: sr78physics@gmail.com

Level of Study

Thanks for submitting!

 © 2023 by Amanda Peterson. Proudly created with Wix.com

bottom of page